Solat
merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang
sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh
setiap muslim.
Dengan kesedaran betapa pentingnya solat, maka pihak KPM telah
memasukkan satu modul Bestari Solat di dalam modul perlaksanaan program
j-QAF. Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kem Bestari Solat
(KBS) pada 28 Februari 2015 di SK Kampung Bharu.
Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib
dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. Secara khususnya, program
ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wuduk dan solat
untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara fardhu
ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan
murid-murid akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam
penghayatan secara berterusan.
No comments:
Post a Comment